Monday, July 19, 2010

MEMENUHI UNDANGAN KAWAN

Assalamualaikum... Salam perkenalan daripada saya.... Sepuluh jari disusun, maaf dipinta kiranya coretan kali ini berlainan cerita dan tersasar jauh daripada coretan terdahulu. Undangan Abe D menyertainya ke kolam pancing dan pemintaannya untuk saya menukil coretan ini di ruangan tetapnya dalam blog Pemancingkota amat sukar ditolak. Pertama kerana sudah lama saya mendengar khabar kehebatan team pemancinngkota (PK@CA) menewaskan rohu, pacu, patin, tongsang dan bermacam sepesis ikan di kolan air tawar, dan saya ingin menyaksikannya sendiri. Sebab kedua, kesempatan menulis di blog PK@CA adalah merupakan satu penghormatan kepada seorang sekerdil saya.


Semuanya bermula pada pagi khamis 15/7/2010, entah kenapa Abe K beria-ia benar mengajak Abe D memancing memandangkan sebelah petang tiada kelas yang perlu kami hadir. Pantang diajak, Abe D setuju dan kami ke kolan pancing Bangi. Empat jam mencuba nasib, hanya baung sebesar lengan dan empat ekor lampam sebesar 3 jari berjaya dinaikkan. Abe D tidak puas hati lantas ‘mengundang’ kami ke kolam kegemaranya Big Bos, Tasik Biru, di Rawang. Abe K pula setuju, lalu keputusan dibuat jam 11 malam nanti kami akan ke Rawang.


Semua persiapan dan peralatan Abe D yang atur melalui team PK@CA yang sentiasa siap siaga dengan segala peralatan. Tidak cukup dengan itu sekiranya kelapangan, ahli team PK@CA akan turut serta meriahkan suasana sepertimana ‘Ustaz Ya’ yang hadir membantu dan mencurahkan ilmu memancing kolan air tawar. Memang benar team PK@CA adalah team yang profesional. Semua peralatan yang dibawa cukup, sebut saja alatan apa yang perlu untuk memancing semuanya ada. Abe D menyerlahkan kepakarannya mengadun umpan sehinggakan Abe K dan saya sendiri terpegun dengan campuran ramuan umpan mengalahkan ‘chef’ mengadun kueh.
Hampir satu jam mata kail dilontar ke dalam kolam, namun tiada tanda-tanda umpan dihidu ikan. Sementara libasan ekor patin makin menjadi-jadi memecahkan keheningan kolam Big Bos seperti mengejek kami yang buntu di tebing kolam. Abe D nampak cuak, sementara Abe K mula menyalahkan dirinya yang sentiasa ‘majal’ bila memancing. Entah apa petua yang Abe K gunakan, Abe K acah untuk balik dan terus meninggalkan kolan pancing seolah-olah mahu pulang. Sebaik saja Abe K meninggalkan kolam, joran Abe K ada tanda-tanda umpan diusik. Lama kelamaan makin kuat dan seterusnya mengegarkan ‘drat’ akibat ragutan kuat ikan, dengan pantas Abe D menyentak joran Abe K, dan....dan.... tuu... dia melengkong joran Abe K menandakan mata kail tersangkut ikan. Abe D menunjukkan kepakarannya mengendalikan joran dan sekali lagi menewaskan mangsa, akhirnya sekilas patin mengelumpur tersangkut di mata kail dan sepantas kilat ‘ustaz’ mengaut patin ke tebing kolam.


Alhaamdulillah.... nampaknya ‘majal’ Abe K terhapus dan patin ‘tujuh beradik’ berjaya ditawan. Joran Abe D sendiri telah menjinakkan empat ekor patin sekaligus menobatkan Abe D memang pemancingkota. Abe K tidak mahu mengalah dengan 2 ekor patin dan ustaz seekor. Apa yang pasti Abe K mula jatuh cinta dengan kolam air tawar dan berhajat mengulanginya lagi bersama team PK@CA. Gara-gara diberi peluang bertarung dengan patin 3 kilo, Abe K telah ‘terkena getah’ nikmat memancing di kolam air tawar setelah 5 minit bercanda dengan patin yang menari liuk-lintuk di air sebelum menyerah kalah.


Sengaja saya pilih tajuk ‘MEMENUHI UNDANGAN KAWAN’ sebagai bahan mengisi slot tetap Abe D di dalam blog PK@CA. Pada mulanya Abe D sendiri yang ingin menulis mengenai tajuk ini sebagai memberi respon kepada Abe K dan saya yang beria-ia benar mengajaknya memancing bagi memenuhi masa yang terluang.


Sehingga ke hari ini masih terbayang pelampung turun naik tanda umpan diusik dan bunyi desiran drek yang dilepaskan dan dilarikan ikan seperti alunan muzik indah yang sukar dilupakan. Mungkinkan cinta pada kolam pancing telah terukir.............. yang pasti Abe K akan ke sini lagi walaupun kesaorangan.


Akhir sekali ribuan terima kasih kepada Abe D yang sudi melayan kami dan kepada team PK@CA terutama Ustaz, saya amat terharu dengan sumbangan anda. Sudi-sudilah jemput kami lagi........... coretan dari blog PK@CA -punjanggatua.

Tuesday, May 18, 2010

Flashback - masa itu....

Masa itu telah berlalu... namun biar ku imbau kembali sebagai kenangan yang indah untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Tidak mungkin kita boleh kembali semula mengutip kenangan itu kerana masa itu terus berlalu... sekadar menoleh kembali mencuit memori silam lalu tersenyum sendiri.

Monday, April 26, 2010